15 - 17/8/2025 - Seramai 6 orang peserta dari SK Buntong (4 murid & 2 orang guru) telah menyertai Pahang International Scout Scarf Festival di Stadium Tertutup Negeri Pahang (SUKPA). Vivian, Saileshwariy, Adam Rizqi, Aqil Rizqi, Cikgu Sivagami dan Cikgu Afiqah telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti antaranya Pengakap Prihatin, Asean Hope, Scout for Sustainable Development, Kita Revive, Aktiviti STEM, segmen Budaya, Scout for Survival, Sukan dan permainan. Semua peserta telah berjaya mengutip lebih daripada 100 point bagi menuntut Sijil Penyertaan & Lencana PISSF. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.











No comments:
Post a Comment