10/5/2022 - SK Buntong telah mengadakan latihan kebakaran dan mengosongkan warga sekolah dari bangunan. Latihan ini merupakan latihan yang pertama diadakan selepas dua tahun tidak dapat diadakan disebabkan oleh covid-19. Latihan ini telah dijalankan tepat jam 8:00 pagi oleh AJK Keselamatan Sekolah. Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran.
Cikgu Manap selaku S/U Keselamatan Sekolah sedang memberi taklimat ringkas
mengenai latihan kebakaran.
Tunjuk cara bagaimana menggunakan alat pemadam api.















No comments:
Post a Comment