Profil Sekolah.

KOD SEKOLAH : ABA 2066

NAMASEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BUNTONG

ALAMAT : PSRN DESA RISHAH(S) 1/1B,

DESA RISHAH, 30100 IPOH,

PERAK DARUL RIDZUAN

GRED : B

NO. TELEFON : 05 2810279 / 05 2810355 (FAKS)

JARAK KE PPD KINTA UTARA: 10 KM

GURU LELAKI : 7 ORANG

GURU PEREMPUAN : 22 ORANG

STAF SOKONGAN LELAKI : 0 ORANG

STAF SOKONGAN PEREMPUAN : 7 ORANG

Pesanan Ringkas.


1. Teknik menjawab soalan UASA (11 - 14/11/24) terkini


Google Maps - SK Buntong ( sila klik pada gambar )

Sejarah

Sejarah

Monday

Cabaran Anugerah Pandu Puteri

17 - 21/10/23 - Tahniah diucapkan kepada Nur Raudhah bt. Zainal Abidin Hashim dari kelas 6C kerana telah terpilih mewakili negeri Perak ke Cabaran Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya tahun 2023 peringkat kebangsaan yang berlangsung di Melaka. Pelbagai aktiviti dan cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang program berlangsung bagi melayakkan menerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya dan tahniah sekali lagi kerana Nur Raudhah telah berjaya menerima anugerah tersebut setelah berhempas pulas selama 4 hari 3 malam. Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Nujaimi sebagai guru pengiring.

Wakil dari negeri Perak.

Hari pertama di Melaka





Hari ke-2 
18/10/2023 - Sarapan pagi dan pendaftaran para peserta dari setiap negeri bagi aktiviti team building dan rekreasi. Bermula Cabaran 1 dan Cabaran 2 yang lebih kepada aktiviti berkumpulan,kerjasama dan kreativiti masing-masing.








Hari ke-3
19/10/2023 - Aktiviti explorace di USIMA Resort buat anak-anak Pandu Puteri Tunas. Merentasi check point di sebelah pagi hingga ke tengah hari. Merasai pengalaman  'river crossing' dan cabaran berhalangan di sebelah petang. Menguji kemampuan diri,menempuh ujian fizikal,mental dan emosi.













Hari ke-4

20/10/2023 - Cabaran berhalangan dan Malam Bakat Pandu Puteri Tunas.










Tahniah diucapkan kerana berjaya mendapat tempat ke-4 keseluruhan.


Hari ke-5

21/10/2023 - Majlis Penyampaian Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya PPPM. Alhamdulillah seramai 28 orang ahli PPT dari negeri Perak telah diberikan sijil pencapaian anugerah ini oleh Ketua Pesuruhjaya PPPM, YBhg Dato' Yeoh Soo Keng. Seramai 389 orang ahli PPT juga telah menerima anugerah yang sama.




Tahniah diucapkan kepada Nur Raudhah dan Cikgu Nujaimi.

No comments:

Post a Comment